Kelab Kompang Warisan Putra Muda adalah salah sebuah kelab yang ditubuhkan sejak tahun 2005, dan merupakan kelab gabungan ; iaitu Kelab Kompang Warisan Muda SK Melayu Raya dan Kelab Kompang Warisan Putra SMK Bandar Putra. Kami bergerak aktif dengan keahlian seramai 50 orang. Bergerak dalam salah satu bidang seni , kelab ini mementingkan unsur-unsur disiplin, ketekunan, ketelitian, kreativiti, inovasi serta kemahiran-kemahiran khusus. Unsur-unsur ini amat penting dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi meningkatkan amalan berkerjasama, berpakat, tolong-menolong, percaya mempercayai antara satu sama lain, bersikap toleran dan sifat sayang menyanyangi serta hormat menghormati. Aktiviti seumpama ini akan dapat melahirkan generasi yang berketrampilan, berdisplin, bersefahaman, serta memperkukuhkan kualiti diri pelajar serta sahsiah mereka dan akhirnya akan melahirkan generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Dengan berslogankan “SENI BERZAMAN MUZIK BERWAWASAN” kami akan sentiasa meluaskan pengaruh serta menyemaikan minat seni tradisi ini kepada para pelajar dan juga belia. Kelab Kompang Warisan Putra Muda juga sentiasa bergerak aktif membuat persembahan sama ada memenuhi undangan majlis-majlis rasmi kerajaan ataupun majlis perkahwinan.
Semenjak ditubuhkan, Kelab Kompang Warisan Putra Muda telah mencapai berbagai jenis kejayaan di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Senarai penuh kejayaan yang telah kami capai boleh dilihat di sini.
Semenjak ditubuhkan, Kelab Kompang Warisan Putra Muda telah mencapai berbagai jenis kejayaan di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Senarai penuh kejayaan yang telah kami capai boleh dilihat di sini.